SESB PANTAU KESTABILAN BEKALAN ELEKTRIK BERIKUTAN GANGGUAN BEKALAN GAS DI LABUAN

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memantau kestabilan bekalan elektrik di Wilayah Persekutuan Labuan berikutan gangguan bekalan gas di pulau itu yang menjejaskan operasi Stesen Janakuasa Patau-Patau.

Operator Sistem Grid SESB Sabah dan Labuan, Ir Adrian Mosigil, berkata gangguan bekalan gas itu disebabkan penutupan sementara oleh pihak PETRONAS bagi kerja penyelenggaraan.

Katanya, situasi itu menjejaskan operasi Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB di Labuan yang bergantung kepada bekalan gas dari PETRONAS.

“SESB mendapat makluman mengenai penutupan Gas Receiving Terminal 1 (GRT1) mililk PETRONAS di Labuan bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penutupan kemudahan gas PETRONAS itu dijadual bermula hari ini hingga 2 Julai depan sekali gus dijangka mengurangkan bekalan tenaga dalam Sistem Grid Sabah.

Katanya, walaupun kapasiti penjanaan tenaga ke Grid Sabah terjejas, SESB akan memastikan rizab margin penjanaan mencukupi untuk mengelakkan catuan bekalan di pulau itu.

“SESB Zon Labuan telah menerima makluman itu dan akan berada dalam situasi tunggu sedia bagi memastikan kestabilan bekalan kepada pengguna,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …