DISANGKA AYAM DIMAKAN MUSANG, RUPANYA HARIMAU KUMBANG

Siapa sangka lebih 50 ternakan ayam milik seorang warga emas di Kampung Gagu dekat sini yang mati sebelum ini rupanya dibaham harimau kumbang, bukannya musang. Malah keadaan itu menyebabkan rutin harian Mohd Kaharudin Ibrahim, 60, ke surau setiap kali waktu Maghrib dan Isyak terganggu sejak seminggu lalu. Pada awalnya dia hanya beranggapan ayamnya dimakan musang dan tidak mengendahkannya, tetapi semuanya berubah empat hari lepas, kira-kira jam 9.30 malam setelah melihat sendiri binatang buas itu dekat reban ayam sekali gus  membuatkan dia dan isteri mula diselubungi ketakutan. Kini ternakannya hanya tinggal 14 ekor dan kesemuanya anak ayam.

Menurut Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan pemangsa yang telah menyerang ternakan penduduk. Pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan melakukan siasatan dan mencari penyelesaian terhadap aduan ini. Hasil siasatan di lokasi kejadian, pihak jabatan mendapati terdapat kesan kehadiran disyaki spesies harimau di kawasan reban pengadu. Perhilitan telah memasang perangkap Harimau Kumbang di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …