PROGRAM SEMARAK PATRIOTIK “SAYA ANAK MALAYSIA”

TAWAU : Seramai 250 orang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay dan juga masyarakat setempat di Pulau Sebatik telah hadir dan menyambut baik program anjuran Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama MKN Negeri Sabah.

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 iaitu Malaysia Madani : Jiwa Merdeka, setiap warganegara diperlukan untuk menzahirkan rasa cintakan negara, aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif. Oleh yang demikian, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan semangat dan nilai patriotik di kalangan pelajar dan komuniti setempat yang tinggal berhampiran sempadan negara.

Program ini dirasmikan oleh YBrs.Encik Badrul Shah bin Mohd Idris, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik MKN, JPM dan turut dihadiri oleh Pengarah MKN Negeri Sabah, YBhg. Datuk Noor Alam A. Wahid Khan.

 

Kerjasama dari rakan agensi strategik MKN seperti ESSCOM, APMM, AADK, JAPEN, RTM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam menjayakan program ini juga dijadikan sebagai platform dan peluang untuk berkomunikasi serta mendekati masyarakat setempat.

MKN Negeri Sabah juga membuka reruai dan sesi interaktif yang dilaksanakan telah mendapat sambutan yang hangat daripada guru dan para pelajar. Program ini turut diisi dengan sesi ceramah agensi, pemasangan Jalur Gemilang, pemeriksaan kesihatan untuk para pelajar serta demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tawau. Terdapat juga pameran oleh ESSCOM, PDRM, ATM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Jabatan Penerangan (JaPEN) untuk menyalurkan pelbagai informasi kepada warga sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

Para guru dan pelajar yang hadir amat berpuas hati dan berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Semoga program ini mampu memberi impak agar setiap individu dapat memahami perpaduan dengan memupuk sikap saling menghormati sesama rakyat sebagai norma sosial dan budaya untuk memastikan keterangkuman seperti yang diterapkan dalam naratif Malaysia Madani.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …