EMPAT PENJAWAT AWAM DIREMAN DISYAKI TERIMA RASUAH

Empat penjawat awam direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan bagi mendapatkan projek pembekalan dan perkhidmatan. Perintah reman terhadap suspek dua lelaki dan dua wanita berusia antara 30 ke 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Syed Mohd Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Sivil di sini pada Selasa selepas permohonan reman dibuat. Kesemua suspek diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Redzuan Hakim Sulaiman. Menurut sumber, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3,630. Kesemua suspek telah ditahan pada Isnin jam 4 petang ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan. Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …