MAJLIS KERAPATAN CARI CALON UNDANG LUAK REMBAU

Biar mati anak, jangan mati adat. Majlis Kerapatan Buapak Delapan Kampung diadakan bagi mencari pengganti Undang Luak Rembau yang baharu, hari ini. Ia susulan kekosongan jawatan berkenaan selepas penyandangnya, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia di kediaman rasminya pada 15 Mei lalu.

Majlis dengan penuh tradisi dan Adat Perpatih itu diadakan di Surau Darul Hikmah Kampung Chenong, Chengkau, di sini, bermula jam 9.30 pagi tadi. Menurut Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin,  kerapatan berkenaan bertujuan menentukan perut atau kampung sebelum memilih calon Undang Luak Rembau yang ke-22. Kerapatan atau mesyuarat ini bertujuan mencari lubuk giliran pusaka dalam kalangan lapan kampung sebagai calon mengisi kekosongan jawatan Undang Luak Rembau. Majlis ini penting bagi mereka untuk mendapatkan kesepakatan dan mengelakkan perselisihan. Selepas bermesyuarat, keputusannya akan diserahkan kepadanya untuk fasa seterusnya.  Adat atau majlis berkenaan diwarisi sejak beratus tahun lalu dan kali terakhir diadakan pada 1998 ketika lantikan Allahyarham Muhamad Sharip.

Pihaknya masih mengekalkan dan mewarisi tradisi ini selain turut mendokumentasikannya sebagai rujukan kepada generasi akan datang bagi mengelakkan perselisihan. Memang sebelum ini pihaknya ada bukukan, namun sekarang zaman sudah maju, ia kini sudah dirakam menggunakan video dan sebagainya.

Majlis ini dimulakan dengan sesi perkenan antara dia dan Datuk Juan, Datuk Zulkipli Shamsudin sebagai pengerusi perapatan sebelum diteruskan dengan mesyuarat antara Buapak Delapan Kampung. Kebiasaannya, segala majlis ini dan fasa seterusnya diadakan dalam tempoh 100 hari selepas penyandangnya meninggal dunia.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …