‘DIA’ … WIRA KOTA

Memerangi Covid-19 merupakan perkara yang amat berisiko kerana kita berdepan dengan musuh yang tidak wujud dalam situasi nyata tetapi ia berkemungkinan berada di mana sahaja. Kenyataan  Panglima 12 Briged Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar ini jelas menunjukkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia bersedia bersama-sama memerangi penularan wabak Covid-19 tanpa mengabaikan peranan utama mereka dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Bergerak pantas merancang dan menyusun atur 1,263 perajurit kota dan 35 orang hulubalang untuk ditempatkan di lokasi strategik bersama Polis DiRaja Malaysia. Beliau turut menugaskan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan Batalion Pertama Rejimen Renjer DiRaja (1 RRD) menjalankan penugasan di Dang Wangi, Wangsa Maju serta Sentul dan satu pasukan ditempatkan di Putrajaya, Cheras dan Brickfields.

Tagline “we are ready“ bukan sekadar kata tetapi diakui tanpa ragu.  Tindakan menterjemah perancangan daripada Crisis Management Committee (CMC) Wilayah Persekutuan dengan pemasangan kawad duri di kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Menara City One, Malayan Mansion dan Selangor Mansion telah mengundang persepsi negatif. Walau bagaimanapun pendekatan ini akhirnya  telah diadaptasi  di beberapa kawasan PKPD yang lain seperti di PKPD Pasar Jalan Othman bagi memudahkan tindakan  pemantauan, penguatkuasaan  dan melakukan saringan.

 

Mengambil pendekatan memerangi wabak Covid-19 sebagai satu latihan praktikal, beliau telah mengambil kesempatan ini membuat rondaan untuk memahami keperluan taktikal bagi perancangan masa hadapan. Dalam masa yang sama, sebagai usaha untuk  memastikan rakyat mematuhi tempoh PKP beliau turut memberi hebahan siaraya kepada semua penduduk.

 

Tindakan-tindakan strategik ini telah memberi satu impak besar kepada Kuala Lumpur/Putrajaya dalam memerangi wabak Covid-19. Sebagaimana gahnya wira  dan perajurit kota si baju hijau,                                kini,  Kuala Lumpur/Putrajaya telah diisytiharkan sebagai kawasan hijau.

Terima kasih Datuk Panglima !!!

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut