MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI KELANTAN BIL.1/2024

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YM Raja Dato’ Nushirwan Bin Zainal Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Kelantan Bil 1/2024 yang diadakan pada 24 Jun 2024 dan diurusetiakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan.
Mesyuarat ini merupakan platform bagi semua agensi keselamatan dalam Negeri Kelantan untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan, kawalan sempadan perairan dan kedaulatan negara serta tindakan yang perlu diambil bagi menangani isu-isu berkenaan.
Turut hadir adalah Tuan Haji Jasri Bin Kassim(Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM), Brig Jen Muzamil Bin Hj Ali (Panglima 8 Briged),  Puan Azizah Binti Mohamed Said (Pengarah BPSD), Jabatan Perdana Menteri, En Rusydee Bin Abdullah (Ketua Jajahan Tumpat) serta ketua-ketua jabatan dan agensi keselamatan Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …