LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE NEGERI KELANTAN

23 Jun – Satu Lawatan Kerja oleh YM Raja Dato’ Nushirwan Bin Zainal Abidin ke Negeri Kelantan telah diadakan pada hari ini. YM Dato’ dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Pengkalan Kubor dan seterusnya melawat tapak Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor yang telah dirobohkan  pada 7 Mac 2024. YM Raja Dato’ dibawa menaiki bot menelusuri sepanjang Sungai Golok dan berkesempatan meninjau beberapa pengkalan dan stor-stor haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.

Turut hadir adalah Tn Haji Jefny Bin Muhammed (Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Kelantan), Pn Azizah Binti Mohamed Said (Pengarah BPSD), Tuan Rusydee Bin Abdullah (Ketua Jajahan Tumpat), KPDNHEP, APMM, Polis Marin dan beberapa agensi keselamatan.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …