DUA AHLI PERTUBUHAN DITAHAN CEROBOH TANAH KERAJAAN

KUANTAN, 19 JUN 2024 : Dua individu daripada Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPPNP) yang menyamar sebagai badan berkanun Kerajaan Negeri Pahang ditahan dalam satu operasi di Kampung Kawah semalam.

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Encik Saifullah Muhammad Ali, persatuan tersebut disyaki telah meneroka secara haram tanah Kerajaan Negeri dan turut menyamar seolah-oleh mempunyai kuasa daripada Kerajaan Negeri sebagai cara mengaburi pihak kontraktor dan operator.

“Hasil aduan yang diterima, pihak UPNP mendapati pihak Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPPNP) telah menutup laluan dengan pagar berkunci dan menempatkan pengawal bagi menghalang penduduk kampung melalui jalan tersebut untuk ke tanah individu atau syarikat.

“Ketika serbuan dilakukan, terdapat dua individu yang merupakan pengawal serta penyelia kawasan tersebut dan kedua-dua mereka gagal mengemukakan sebarang kelulusan bagi aktiviti pendudukan berkenaan.

“Berdasarkan keterangan dan bukti yang diterima, pertubuhan tersebut disyaki merupakan penipu yang bertindak seakan-akan mereka merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Pahang dan mempunyai kawalan kuasa, dan kebenaran ke atas tanah yang dikawal dan diteroka sedangkan semua perbuatan tersebut adalah secara haram,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas sebuah jentera yang turut berada di kawasan kejadian ketika serbuan dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya menyiasat kes ini dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828) kerana menduduki tanah kerajaan secara tidak sah.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …