SISIPAN SEJARAH : PENGUMUMAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN FEDERATION OF MALAYA CERTIFICATE OF EDUCATION DALAM BAHASA MELAYU

Pada 16 Jun 1962, YB Encik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran telah mengumumkan peperiksaan Federation of Malaya Certificate of Education atau F.M.C. akan dijalankan dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini, peperiksaan tersebut dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Peperiksaan tersebut juga turut dikenali dengan nama Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu yang dimulakan pada akhir tahun 1962. Perubahan yang dilaksanakan ini adalah merupakan antara langkah yang diambil kerajaan dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pelajaran di Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga mengambil langkah mewujudkan kelas-kelas pra Universiti aliran Melayu. Ia bertujuan untuk mengadakan jambatan antara sekolah-sekolah menengah aliran Melayu dengan Universiti Malaya dengan harapan Universiti Malaya akan menerima pelajar aliran Inggeris dan Melayu. Usaha-usaha yang dipergiatkan ini telah menampakkan hasilnya. Sesungguhnya perlaksanaan ini merupakan antara usaha kerajaan untuk memartbatkan Bahasa Melayu sejak negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 lagi.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …