SISIPAN SEJARAH : PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENUBUHAN LEMBAGA JEMAAH HAJI

Pada 16 Jun 1960, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah membentuk sebuah Jawatankuasa yang terdiri daripada 15 orang untuk mengkaji masalah-masalah mengenai penubuhan Lembaga Jemaah Haji. Jawatankuasa ini dibentuk bertujuan untuk membuat syor-syor yang praktis bagi penubuhan satu badan yang dapat memperbaiki kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk membolehkan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke-5 tanpa sebarang kesulitan. Jawatankuasa tersebut telah menimbangkan 2 perkara penting iaitu kemungkinan menubuhkan sebuah badan yang tertentu untuk menggalakkan penyimpanan wang oleh bakal-bakal haji dan mentadbirkannya secara cekap dan tersusun. Disamping mewujudkan sebuah badan yang cekap untuk mengendalikan segala urusan haji dengan mengadakan rundingan bersama pejabat Perbendaharaan. Pembentukan jawatankuasa ini adalah selaras dengan keazaman kerajaan, mendukung agama Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …