CUBAAN MENGAMBIL BARANG KAWALAN UNTUK DISELUDUP GAGAL

KUDAT: Cubaan tiga lelaki warga asing masuk ke negara ini untuk mengambil barang kawalan sebelum diseludup ke negara jiran gagal selepas berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, hanya seorang daripada suspek berjaya ditahan selepas dua daripada mereka dapat melarikan diri dengan terjun ke laut sebelum menghilangkan diri.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, kegiatan ketiga-tiga suspek berjaya dikesan semasa rondaan Op Taring Gelora yang dijalankan PPM Kudat.

Katanya, sebuah bot yang dinaiki tiga lelaki yang mencurigakan kemudiannya berjaya ditahan di kawasan Perairan Tanjung Meniagit Banggi, di sini.

“Pasukan operasi bagaimanapun hanya berjaya menahan seorang daripada suspek berusia 26 tahun manakala dua lagi berjaya menghilangkan diri.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, suspek tidak mempunyai pas atau dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut terhadap bot berkenaan berjaya menemui 30 tong dram kosong dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan barang kawalan ke Pulau Mangsee, Filipina.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya bertindak merampas bot bersama enjin dan tong dram yang dianggarkan bernilai RM53,900.

“Suspek dan barang rampasan terus dibawa ke Pangkalan (PPM) Kudat dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …