π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—”π—§π—žπ—¨π—”π—¦π—”π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—£π—”π——π—¨ π— π—’π—§π—’π—¦π—œπ—žπ—”π—Ÿ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, bersama JSPT SPT, JSPT IPK Pulau Pinang, JAS, AADK, JIM, SPRM dan pihak konsensi PLUS telah membuat penguatkuasaan Ops motosikal di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Penguatkuasaan sempena Ops Khas Hari Raya Aidil Adha ini bermula jam 8.30 malam hingga 12.00 malam dengan kekuatan keseluruhan sebanyak 55 orang.
Pelbagai kesalahan dikesan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, tidak pamir pelekat P, nombor pendaftaran tidak mengikuti spesifikasi dibenarkan, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran dan pelbagai kesalahan teknikal. Sebanyak 215 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan dalam operasi ini oleh pihak JPJ. JSPT telah mengeluarkan saman sebanyak 58 notis saman , JAS 6 notis kompaun dan AADK 3 tangkapan positif dadah.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …