LELAKI BAWA BARANG KAWALAN TANPA PERMIT DITAHAN

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati membawa barang kawalan tanpa permit yang sah di perairan Pulau Berhala, di sini, semalam.

Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan tugas rondaan di lokasi kejadian mengesan pergerakan sebuah bot kargo kecil dalam kedaaan mencurigakan kira-kira jam 2.23 petang.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berusia 33 tahun di dalam bot berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam bot menemukan dua tong gas LPG dan 180 liter minyak petrol yang diisi di dalam tong minyak plastik pelbagai saiz.

“Turut ditemukan 16 paket minyak masak, 12 paket gula dan tujuh paket beras berat 10 kilogram tanpa permit yang sah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, suspek dan semua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM9,000 dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …