STOR PENYIMPANAN BARANG MUSNAH TERBAKAR

PENAMPANG: Stor penyimpanan barang-barang jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Plaza 333, di sini, hari ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Bonney Yong Tze Yap digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dari sumber air jentera bomba.

“Kebakaran membabitkan stor penyimpanan barang-barang jenis tidak kekal terbakar 90 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa terbabit dan operasi ditamatkan pada jam 12.02 tengah hari.

Perdana Menteri berkata, harga itu dikekalkan meskipun harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890 per metrik tan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …