KOTA KINABALU (12 Jun): Perhimpunan bagi membantah isu bekalan air yang dihadapi Universiti Malaysia Sabah (UMS) ‘Sekretariat Kami Mahu Air Sabah’ yang dijangka akan dibuat pada 14 Jun ini tiada kelulusan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu tidak memproses permohonan daripada penganjur disebabkan permohonan terbabit tidak dilengkapkan dengan dokumentasi yang diperlukan.
“Kita sudah menghantar surat maklum balas kepada penganjur yang menyatakan permohonan berkenaan tidak dapat diproses.
“Surat berkenaan dihantar melalui pos dan aplikasi WhatsApp kerana pihak penganjur tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kasim menegaskan bahawa orang ramai terutama pelajar siswa siswa dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan ini.
Difahamkan satu memorandum juga akan dihantar kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semasa perhimpunan yang akan dijalankan di hadapan Menara Kinabalu.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: Info X