SABAH AKAN BANTU BAJAU LAUT TERKESAN RUMAH DIROBOH – HAJIJI

KOTA KINABALU (12 Jun): Kerajaan Sabah akan membantu masyarakat Bajau Laut yang terkesan apabila rumah mereka dirobohkan semasa operasi di Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, dalam operasi selama beberapa hari minggu lepas, pegawai penguat kuasa menjalankan pengusiran dan perobohan rumah milik lebih 500 anggota masyarakat Bajau Laut yang dibina atas air, tindakan yang dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia dan NGO.

Katanya, mempertahankan keputusan pihak berkuasa merobohkan rumah-rumah di tujuh pulau di Taman Marin Tun Sakaran itu, yang menurutnya dilakukan demi keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kita sudah fikir sesuatu yang baik untuk mereka,” katanya apabila ditanya bagaimana kerajaan negeri akan membantu masyarakat Bajau Laut yang terkesan. Jangan jadikan isu ini isu politik, (kerajaan negeri) tahu bagaimana nak tangani (isu ini) dan bantu mereka,” katanya di sini semalam.

Hajiji berkata, cadangan untuk membantu masyarakat tersebut akan dikemukakan kemudian.

Jumaat lepas, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, operasi perobohan itu dijalankan selepas notis pengusiran dikeluarkan antara 2 hingga 4 Mei bagi 278 rumah yang dibina secara haram di perairan taman marin itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Ahad menggesa bantuan segera diberikan kepada anggota masyarakat itu yang kehilangan tempat tinggal, termasuk memastikan mereka mendapat akses kepada penempatan sementara, rawatan perubatan dan sumber pendidikan.

Menurut Suhakam, Bajau Laut ialah masyarakat unik yang terpinggir dari segi sejarah, menghadapi cabaran besar termasuk akses terhad kepada perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan. Katanya, dialog antara kerajaan negeri, masyarakat Bajau Laut dan pertubuhan kemanusiaan juga perlu diadakan untuk mencari penyelesaian berpanjangan bagi masalah dihadapi masyarakat itu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …