EMPAT LELAKI PALAUH DITAHAN KERANA BOM IKAN

LAHAD DATU: Empat lelaki suku Palauh ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Lahad Datu kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan daerah ini, semalam.

Keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu yang menggunakan dua bot pam ditahan ketika sedang melakukan aktiviti mengebom ikan di 2.2 batu nautika di kawasan Selatan Pulau Kun Kun.

Pengarah APMM Lahad Datu, Komander Maritim Ts Dr Suzanna Razali Chan berkata, bot peronda APMM mengesan dua bot pam melalui aduan awam pada 6.16 petang dan 6.31 petang hari yang sama.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 membabitkan aktiviti menangkap ikan guna bahan letupan, racun dan sebagainya.

“Pemeriksaan lanjut empat kru bot tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dipercayai suku Palauh dan tidak memiliki lesen serta nombor pendaftaran yang sah.

“Turut dirampas dua enjin bot, dua hos beserta kompresor dan dua botol bom ikan. Nilai semua rampasan berjumlah lebih RM5,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Suzanna berkata, komuniti maritim terutamanya di Sabah diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti bom ikan kerana ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah membawa kesan negatif.

“Terutama kepada ekosistem akuatik dan juga membahayakan nyawa serta aktiviti menyelam.

“APMM Lahad Datu memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan inu supaya terus memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan mahupun sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut