TIADA TOLAK ANSUR SALAH GUNA KUASA DALAM RANTAIAN BEKALAN ELEKTRIK DI SABAH

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa dalam rantaian bekalan elektrik di Sabah.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata pendirian kerajaan itu sejajar dengan kedudukan elektrik sebagai satu keperluan asas yang paling penting bagi masyarakat.

Katanya, ia menjadikan kemudahan utiliti itu sebagai salah satu daripada tiga cabaran utama yang dihadapi negeri Sabah, iaitu elektrik, air, dan jalan.

“Kerajaan negeri amat komited untuk menyelesaikan isu-isu ini dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa dalam rantaian bekalan elektrik.

“Adalah amat penting bagi operasi pembekal elektrik untuk sentiasa efisyen, telus dan bertanggungjawab.

“Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menggariskan nilai-nilai seperti kejujuran, keadilan dan ketelusan yang harus menjadi panduan dalam operasi kita,” katanya pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ikrar Bebas Rasuah, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Pengerusi SESB, Datuk Madius Tangau dan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar.

Masidi berkata, amalan yang digariskan dalam PIN sangat kritikal untuk menolak rasuah yang boleh merosakkan imej dan prestasi suatu organisasi.

“Selain itu, penyalahgunaan kuasa sebagai sebahagian dari rasuah harus diperangi dengan gigih.

“Saya percaya SESB akan menjalankan tugasnya dengan penuh ketelusan. Walaupun terdapat cabaran dan godaan yang berterusan, komitmen kita terhadap integriti akan memungkinkan kita untuk mengatasinya,” katanya.

Katanya, beliau juga berharap lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang dibuat anggota SESB akan mengukuhkan nilai-nilai murni dalam setiap individu dalam syarikat utiliti itu.

“Saya juga difahamkan bahawa pihak SESB telah berjaya menyiapkan Buku Pelan Anti Rasuah SESB 2021-2025 yang akan dijadikan sebagai panduan pelaksanaan dan penerapan nilai-nilai murni SESB selama lima tahun,” katanya.

Jelasnya, kerajaan persekutuan juga komited untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus dengan pengenalan Strategi Anti-Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.

Masidi berkata, inisiatif itu adalah langkah penting selari dengan Artikel 5 United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) bertujuan mengukuhkan usaha memerangi rasuah.

Beliau turut menghargai kerjasama baik di antara SPRM dan SESB dalam usaha mengukuhkan integrity

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut