ANWAR LAWAT MB PAHANG DI IJN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari semalam.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” katanya.

Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian sama, Anwar berkata, beliau turut menziarahi bapa saudara kepada Sultan Pahang Tengku Datuk Muhammad Sultan Abu Bakar serta bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof yang turut menerima rawatan di IJN.

“Mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah,” kata Anwar.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …