PENYESUAIAN SUBSIDI DIESEL: KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN KEMAJUAN SEKTOR PENGANGKUTAN & LOGISTIK

Informasi mengenai penyasaran subsidi diesel yang ditetapkan pada harga RM3.35 per liter bermula 10 Jun 2024, jam 12:01 tengah malam, di Semenanjung Malaysia. Harga ini tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak, dan akan diumumkan setiap minggu berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism.

Budi Madani:

  1. Budi MySubsidi Diesel (SKDS):
    • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) khas untuk sektor pengangkutan dan logistik.
    • SKDS 1.0: Untuk pengangkutan awam, bas sekolah, ambulans, bomba, dan jenazah.
    • SKDS 2.0: Untuk 23 jenis kenderaan diesel termasuk pengangkutan hasil pertanian dan logistik barangan keperluan harian. Kenderaan ini diberikan Fleet Card diesel bersubsidi.
  2. Budi Individu:
    • Bantuan tunai RM200 setiap bulan untuk pemilik kenderaan diesel dengan pendapatan tahunan bawah RM100,000.
  3. Budi Agri-Komoditi:
    • Bantuan tunai RM200 setiap bulan kepada petani, penternak, dan pekebun kecil komoditi.

Permohonan dan keterangan lanjut boleh didapati di laman web https://budimadani.gov.my.

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …