LEBIH 100 PENDUDUK KG LOTONG BAKAL TERIMA SURAU BAHARU

KUDAT (6 Jun): Pembinaan surau Kampung Lotong Matunggong di sini bakal memberi manfaat kepada lebih 100 penduduk khususnya yang beragama Islam untuk melaksanakan ibadah dan aktiviti bermanfaat.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, surau yang berkeluasan lebih 1,500 kaki persegi itu dijangka siap dibina penghujung Julai ini.

“Sudah tentu dengan adanya pembinaan surau ini ianya akan dapat memberi kemudahan khususnya Kepada masyarakat Islam di Kampung Lotong yang lebih kurang lebih 100 orang berada disini dan Saya difahamkan seramai 50 orang daripadanya adalah saudara baru.

“Mereka ini sudah tentu memerlukan bimbingan berterusan dan dengan adanya bangunan ini, mereka akan dapat dibimbing dengan sebaik mungkin. Sebaik surau ini siap sepenuhnya, pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan menyediakan dua pembimbing yang dibayar Pusat Zakat Sabah (PZS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan surau Kampung Lotong, Matunggong, di sini pagi tadi. Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pembimbing itu nanti diyakini akan dapat membantu memberi dan menambah pengetahuan yang lebih mendalam kepada saudara baru khususnya tentang ajaran agama Islam.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut