NEGERI SEMBILAN CAPAI SIFAR MISKIN TEGAR HUJUNG BULAN INI – MB

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan akan mencapai sifar miskin tegar menjelang hujung bulan ini. Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program bersama agensi berkaitan seperti Pejabat Pembangunan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal selain kerjasama dengan beberapa syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada kelompok berkenaan.

Baki 77 ketua isi rumah (KIR) akan dikeluarkan daripada kategori miskin tegar. Bagi tahun ini kita ada 1,697 ketua isi rumah berstatus miskin tegar. Jumlah 77 KIR itu ada yang daripada tahun lepas namun tersenarai semula tahun ini. Pada tahun ini juga, akan di jalankan pusat kitar semula pandu laju di kawasan komuniti iaitu program kitar semula barangan termasuk minyak masak, sedikit sebanyak akan bantu tambah pendapatan.

Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …