‘DUNIA KAMI KOTOR TAPI WANG DITERIMA BERSIH, HALAL’

Ketika ramai yang cenderung memilih pekerjaan, namun tiga orang kurang upaya (OKU) ini sanggup berjemur di tengah panas dan bergelumang dengan sampah setiap hari demi mencari rezeki. Malah mereka berbangga apabila mampu berdikari dan memperoleh pendapatan sendiri untuk menyara hidup dengan bekerja di syarikat SWM Environment Sdn Bhd Negeri Sembilan. Mohd Hasif Abd Rani, 37, yang mengalami masalah pendengaran berkata, bukan semua orang mampu bekerja dalam bidang pembersihan awam yang terdedah dengan pelbagai risiko terutamanya keadaan cuaca. Cabaran terbesar adalah ketika musim panas. Namun begitu, tugas perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan tiada aduan diterima daripada orang ramai. Dunia mereka kotor tetapi wang yang di terima adalah bersih dan halal, katanya yang telah bertugas di bahagian pembersihan selama dua tahun.Apa yang membanggakannya apabila dia mampu berdikari tanpa mengharapkan kedua ibu bapa dan adik-beradik untuk membantu bagi menjalani kehidupan seharian. Pada masa sama katanya, dia juga dapat membantu ibu bapanya dengan berkongsi rezeki setiap bulan.

Bagi Mohd Aszmizan Mohd Hasan, 34, pula, walaupun layak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ibu bapanya mendidik supaya berusaha dan tidak bergantung kepada sumber bantuan semata-mata. Dia memulakan kerjaya sebagai petugas kutipan sisa pepejal ini sejak tahun 2015 selepas sering ikut ibu bapa yang juga petugas pembersihan di syarikat sama. Ibu bapanya  mendidik supaya belajar hidup berdikari sejak kecil lagi, katanya yang turut mempunyai masalah pendengaran dan kesukaran dalam bertutur. Seorang lagi pekerja yang cacat pendengaran, Mohd Rossazali Roslan, 42, berkata, dia berbangga dengan pencapaian dirinya kerana mampu memperoleh pendapatan daripada usahanya sendiri. Dia bersyukur kerana telah memiliki kenderaan sendiri dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain, meskipun memiliki kekurangan. Salah satu impiannya ialah memiliki keluarga sendiri yang dapat menerima kekurangan saya. Ahli keluarganya pun menerima baik kerjaya sebagai petugas pembersihan dan mereka sentiasa berikan sokongan moral kepada saya untuk melakukan pekerjaan dengan baik.

Sementara itu  menurut Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam Mohd Nordin, seramai 18 pekerja berstatus OKU di syarikat itu. Golongan OKU juga mampu menggunakan kudrat mereka untuk menyumbang kepada negara dan pihak syarikat sentiasa bersikap terbuka memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan. Walaupun terdapat sedikit kekurangan, namun jika mereka ini diberikan peluang dan bimbingan, mereka dapat melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan cukup baik dan sempurna. Tambahnya, golongan itu juga mudah untuk menerima nasihat dan mematuhi arahan yang diberikan. Mereka boleh dijadikan contoh kepada orang lain yang mempunyai fizikal sempurna untuk berusaha.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …