𝗒𝗣𝗦 π—£π—˜π—ͺ𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bersama Unit Falcon dan UPAS telah mengeluarkan sebanyak 157 Notis atas pelbagai kesalahan antaranya tiada Lesen Memandu, Cukai Jalan Tamat Tempoh dan Tiada Perlindungan Insurans. Kenderaan-kenderaan tersebut dipandu oleh warga asing dan dikesan melakukan kesalahan di kawasan Seberang Jaya , Pulau Pinang dengan menggunakan kenderaan milik warga tempatan malah ada yg menyewa kenderaan untuk kegunaan harian.
Malah ada Pemandu Warga Asing (PeWA) berani menjalankan aktiviti perniagaan menggunakan motosikal tanpa sebarang dokumen dan pengenalan diri yang sah. Sebanyak 24 buah kenderaan disita antaranya Motosikal 18 buah, kereta 2 buah , Window Van 2 dan Lori 2 buah. Turut serta dalam Operasi hari ini Jabatan Imegresen Pulau Pinang.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …