SISIPAN SEJARAH: PERASMIAN ASRAMA ANAK-ANAK PEKEBUN KECIL KUALA BERANG, TERENGGANU

Pada 3 Jun 1977, sebuah asrama untuk anak-anak pekebun kecil telah dirasmikan oleh YB Datuk Musa Hitam, Menteri Perusahaan Utama  di Kuala Berang, Terengganu. Asrama yang dibina ini dikendalikan oleh kerajaan menerusi RISDA untuk menampung kemudahan-kemudahan yang sedia ada bagi anak-anak pekebun kecil yang memerlukan bantuan pelajaran dan juga tempat tinggal. Mereka yang tinggal jauh di pedalaman akan ditempatkan di asrama-asrama bagi memudahkan mereka belajar di sekolah-sekolah berdekatan. Seramai 42 orang kanak-kanak di Kuala Berang akan mendiami asrama-asrama tersebut ketika ini dan sebanyak RM12,500.00 telah dibelanjakan untuk menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan yang sempurna di asrama tersebut. Dalam ucapannya, Datuk Musa menjelaskan bahawa pembinaan asrama untuk anak-anak pekebun kecil ini adalah salah satu daripada khidmat sosial dan kebajikan. Ini merupakan bantuan peringkat permulaan yang disediakan oleh RISDA dalam bidang pelajaran. Di masa hadapan kerajaan, melalui RISDA mungkin akan menyediakan biasiswa pula kepada pelajar yang layak untuk menuntut di institusi pengajian tinggi. Adalah menjadi harapan kerajaan untuk melihat generasi golongan intelek yang terdiri dari anak-anak pekebun kecil menguasai aspek sains dan teknologi di masa hadapan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …