SPM 2023: NEGERI SEMBILAN CATAT GPN 4.33

Negeri Sembilan mencatatkan rekod Gred Purata Negeri (GPN) 4.33 mata bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 4.60 mata. Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin, peningkatan ini merupakan peningkatan paling tinggi dalam tempoh 10 tahun sejak 2014.

Berdasarkan pencapaian tersebut, seramai 631 daripada 14,158 calon di negeri ini memperoleh keputusan cemerlang gred A, A dan A dalam semua mata pelajaran. Daripada jumlah itu, seramai 20 calon mendapat semua A berbanding tahun 2022 16 calon. Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik di Negeri Sembilan tahun ini dengan catatan GPS 1.25 mata adalah Kolej Tunku Kurshiah yang merupakan kategori Sekolah Berasrama Penuh.

Bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Abu Hassan Haji Sail, Rembau mencatatkan GPS 1.58 mata, meningkat 0.01 berbanding tahun lalu. Sekolah Menangah Agama Nilai telah mencatat GPS 1.91 mata bagi kategori sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Ini merupakan sejarah bagi SABK di negeri ini dengan peningkatan sebanyak 0.43 berbanding SPM 2022.  Bagi kategori sekolah menengah harian, SMK King George V telah mencatatkan GPS 2.21 dengan peningkatan 0.16 mata berbanding tahun 2022. Pencapaian calon bandar meningkat 0.15 mata iaitu 4.31 mata pada tahun 2023 berbanding 4.46 mata pada tahun 2022. Begitu juga calon luar bandar yang meningkat 0.22 mata iaitu 4.47 mata berbanding 4.69 mata pada tahun 2022.

Secara keseluruhannya berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran, sebanyak 39 daripada 95 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi.  Sementara itu, seramai 13,008 calon (93.90 peratus) layak menerima sijil SPM pada tahun 2023 berbanding 13,215 calon (92.03 peratus) pada tahun 2022. 39 buah sekolah mencatat pencapaian 100 peratus layak mendapat sijil pada SPM kali ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …