AIR SUNGAI SIMIN BERTUKAR SEAKAN-AKAN SUSU, KELUARKAN BAU MEMENINGKAN

Penduduk D’Latania Taman Bandar Senawang, di sini, bimbang berikutan air Sungai Simin berhampiran kawasan perumahan mereka dipercayai tercemar selepas tiba-tiba bertukar warna seakan-akan susu. Selain berubah warna, ia turut mengeluarkan yang memeningkan seolah-olah dicemari bahan toksik atau berkimia.

Menurut penduduk, Mohd Khir Johari, 43, berkata biasanya air sungai di belakang rumahnya jernih namun berubah menjadi warna putih seperti susu. Kira-kira jam 10 pagi  penduduk memaklumkan air sungai itu berwarna putih sebelum dia melihatnya sendiri dan merakam foto dan video.Dia kemudiannya menghubungi talian hotline Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan melaporkan kejadian itu sebelum beberapa pegawai agensi terbabit turun ke lokasi. Sepanjang tinggal di sini sejak dua tahun lalu, ini kali pertama mereka melihat air sungai belakang rumah bertukar warna dan mengeluarkan bau. Mereka juga bimbang ia disebabkan pencemaran atau bahan kritikal, jadi berharap pihak berkuasa dapat menyiasat punca dan jenis bahan yang mencemari air ini.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan itu, Zanifol Nizam Ahmad, ada penduduk terpaksa menyewa hotel kerana tidak tahan dengan bau dari sungai itu. Beliau berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan tegas kerana kejadian sama berulang lagi. Sebelum ini keadaan agak kritikal sehingga menyebabkan ada kanak-kanak sesak nafas, malah ada terpaksa berpindah keluar buat sementara waktu.

Menurut Pengarah JAS negeri, Hamzah Mohamad, pihaknya sudah mula menjalankan siasatan berhubung insiden itu sejurus mendapat aduan daripada penduduk. Pihaknya juga sudah mengambil sampel air dan tindakan selanjutnya akan dijalankan untuk menyiasat punca pencemaran dan jenis bahan terkandung di dalam air berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …