22 LOKASI KEPALA AIR DI TERENGGANU, PENGUNJUNG DIMINTA WASPADA

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 22 lokasi kawasan peranginan dan rekreasi berisiko tinggi berlaku kejadian kepala air di Terengganu susulan cuaca tidak menentu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, ia melibatkan kawasan seperti lata, sungai dan air terjun di lima daerah di negeri ini iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Daerah Dungun juga merekodkan jumlah kawasan berisiko tertinggi dengan lima lokasi seperti Sungai Loh, Sungai Kelemin, Air Terjun Langsir, Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lubuk Kain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Rosman menyatakan bagi daerah Besut, empat kawasan berisiko tinggi iaitu Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Lata Belantan, Kolam Air Panas (La Hot Spring) dan Lata Kolam Air Deru Ecopark.

Selain itu, katanya bagi daerah Setiu pula melibatkan empat kawasan berisiko tinggi seperti Lata Ulu Kasar, Lata Ulu Kekabu, Lata Chakah dan Lata Payung.

Sumber: Sinar Harian, 26 Mei 2024

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …