YBrs.Tuan Pengarah KPDN Kelantan telah bersama dalam πππππππ ππππ ππππππ πππππππππ πππ πππππππππ πππππππππππ yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan di Pekarangan Rumah Abe Pi Pok Teh, Kg. Chengal, Ketereh, Kelantan pada malam tadi.
Objektif bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, di samping menguar-uarkan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan, selain berperanan memperkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan ke peringkat akar umbi.
Dalam program tersebut diadakan Malam Himpunan Pendekar 2024 dengan kemunculan istimewa Ismail Hantu Raya, Yusof Anak Hantu Raya, Paid Turbo dan ramai lagi. Disusuli dengan persembahan Silat, Tongkat, Boksing, Spelet diiringi alunan Gendang oleh (Osman Hulubalang) dan Rebana.
Program ini juga dengan kerjasama Komuniti Madani KRT Kg. Chengal dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Chengal.
Turut bersama YBrs. Tuan Muhd Nor Aswadi bin Md Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Kelantan dan YBrs. Tuan Haji Hishamuddin bin Ab. Rashid, Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Kelantan.




