OPERASI KHAS DISELARAS MCBA RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK BERNILAI RM3.1 JUTA

PUTRAJAYA: Minuman keras pelbagai jenama dan rokok seludup bernilai RM3.1 juta dirampas menerusi Op Taring Alpha 1 dan 2 yang diselaraskan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) di Bintulu, Sarawak.

MCBA berkata, serbuan ke atas kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok seludup tidak bercukai pada kelmarin itu, berhasil menahan enam lelaki membabitkan empat warga Indonesia dan dua rakyat India.

“Serbuan yang dijalankan pada 21 Mei 2024 di sebuah lokasi membawa kepada rampasan pelbagai jenama minuman keras dan rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta.

“Operasi diselaraskan MCBA ini diketuai Biro Siasatan Jenayah Hidupan Liar, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Sarawak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menyita dua kenderaan yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan terbabit.

Katanya, mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“MCBA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JKDNKA komited untuk terus bekerjasama dalam memerangi jenayah dan memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …