KEBAKARAN HUTAN DI PAITAN MEREBAK HINGGA 121 HEKTAR

Anggota bomba memadam kebakaran hutan di Kampung Pinangkau Paitan, Beluran, yang berlaku sejak Jumaat lalu.

BELURAN (23 Mei): Kebakaran hutan di Kampung Pinangkau Paitan, di sini yang berlaku sejak Jumaat lalu, merebak kira-kira seluas 121 hektar sehingga hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata operasi memadam kebakaran di kawasan berkenaan sudah memasuki hari ketujuh.

Katanya, pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja memadam dan mengawal kebakaran menggunakan pemerap api, pam galas dan pancutan dari sumber air terbuka.

“Kita juga mendapat bantuan daripada lori air swasta, jentera jengkaut dan orang awam yang berhampiran dengan lokasi kejadian.

“Memasuki seminggu operasi dilakukan, kebakaran hutan di kawasan ini sudah merebak seluas 121 hektar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dan pemantauan di Kampung Tinimbusan, di sini yang mana api merebak di antara sektor satu dan tiga

“Pasukan bomba masih menjalankan usaha pemadaman di lokasi kejadian dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …