KABINET AKAN BINCANG ISU PEGUAM BESAR NEGERI, KATA JEFFREY KITINGAN

Datuk Dr Jeffrey Kitingan ditemui media selepas melancarkan filem pendek PETRONAS berkaitan sambutan Kaamatan di Imago, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kabinet negeri akan membincangkan tindakan selanjutnya berhubung gesaan untuk menstruktur semula Jabatan Peguam Besar negeri berikutan desakan beberapa pihak yang meminta badan itu dirombak, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Desakan itu timbul selepas seorang peguam yang dilantik mewakili kerajaan negeri memohon menjadi pencelah dalam kes rayuan semakan kehakiman berkaitan isu 40 peratus di antara Peguam Negara dan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) di Mahkamah Rayuan pada Khamis lalu.

Jeffrey berkata, terdapat cadangan dan permintaan daripada beberapa pihak mengenai penstrukturan itu, namun tindakan berhubung perkara terbabit perlu dibawa dan dibincangkan dalam Kabinet negeri.

“Ada juga perbincangan dalam kalangan pemimpin kerajaan. Pemimpin parti politik dalam kerajaan juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri pada 17 Mei lalu. Ia seperti yang dilaporkan di suratkhabar.

“Ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam Kabinet tetapi saya tidak akan membuat spekulasi mengenai tindakan yang akan diambil. Tunggu saja keputusan Kabinet nanti,” katanya ditemui selepas melancarkan filem pendek PETRONAS berkaitan sambutan Kaamatan, di sini, hari ini.

Selepas prosiding di Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu pada Khamis lalu, beberapa pihak tampil menyatakan pandangan yang antara lain menekankan bahawa Peguam Besar Sabah sepatutnya hadir mengendalikan isu penting yang berkaitan dengan hak negeri.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber:  Info X

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …