PROGRAM SIMULASI KEBAKARAN PERUMAHAN ATAS AIR DAN PENTAULIAHAN BOMBA KOMUNITI TANJUNG BATU SECARA KOLABORASI DI ANTARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SABAH BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH

TAWAU (16 Mei 2024): Selaras dengan objektif meningkatkan kesedaran dalam menjaga keselamatan komuniti, MKN Sabah bersama JBPM Sabah dengan sokongan pelbagai agensi termasuk pihak swasta telah melaksanakan program kebombaan di komuniti Tanjung Batu, Tawau baru-baru ini.

Program yang bermula dengan latihan teori dan praktikal selama dua (2) hari telah berjaya membentuk pasukan first responder  yang bertanggungjawab dalam membantu pihak JBPM dalam situasi mengawal dan mencegah kebakaran.

Majlis pentauliahan telah disempurnakan oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, merangkap Ahli Parlimen Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu dengan kehadiran PPjB(K) YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah dan YBrs. PPjB Ts. Farhan Sufyan Borhan, Timbalan Pengarah JBPM Sabah.

Reruai (booth) MKN Sabah dengan pengisian sesi interaktif berkaitan penerapan Dasar Keselamatan Negara (DKN) telah mendapat sambutan hangat daripada

penduduk setempat. Adalah diharapkan agar komuniti setempat mendapat manfaat dari penganjuran program pada kali ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …