LELAKI DITAHAN DAN 2 BUAH KENDERAAN DISITA DALAM CUBAAN SELEWENG BAHAN BAKAR PETROLEUM DI RANTAU PANJANG

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Khas Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Pasir Mas – Rantau Panjang dan sempadan negara.
Sebuan pertama pada jam 7.45 pagi kelmarin mengesan sebuah Proton Waja berpendaftaran tempatan membuat pengisian minyak petrol secara berulangkali di dua buah stesen berlainan.
Selepas mengisi minyak, pasukan mengekori kenderaan tersebut, kemudian memberhentikan kereta di Kg. Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan.
Pemeriksaan lanjut di belakang rumah saspek mendapati terdapat 4 tong minyak diesel, 3 alat timbang dan 1 mesin pam penyedut yang disyaki digunakan untuk tujuan urusan jual beli penyeludupan barang kawalan.
Selanjutnya pasukan telah menyita dua buah kenderaan bersama anggaran 150 liter minyak diesel dan 50 liter minyak petrol bersama seorang lelaki tempatan berusia 20an ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …