3 DITAHAN SIAR IKLAN HAJI PALSU DI MAKKAH

MAKKAH: Polis wilayah Makkah menahan tiga individu kerana menyiarkan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan di wadah media sosial, dengan hasrat mahu menipu bakal jemaah haji.

Dalam iklan berkenaan, mereka mendakwa akan menyediakan penginapan untuk jemaah haji dan mengatur pengangkutan mereka di Mina, Muzdalifah dan Arafah, lapor Saudi Gazette.

Polis Makkah berkata, tindakan undang-undang telah diambil dan akan merujuk kes berkenaan ke mahkamah.

Agensi Keselamatan Awam menggesa umat islam supaya tidak membalas iklan palsu di laman media sosial, berhubung dakwaan memudahkan pelaksanaan haji bagi pihak orang lain, menjual gelang elektronik haji, menyediakan haiwan korban untuk tetamu Allah dan pengagihan daging korban.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa tidak akan ada sebarang tolak ansur dalam tindakan terhadap penipuan dan hukuman berat yang ditetapkan di bawah undang-undang akan diambil terhadap mereka.

Pihaknya turut berkata, sebarang urusan mengenai khidmat yang diiklankan itu boleh juga dilakukan melalui laman sesawang rasmi projek adahi.org, atau wadah elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan yang bertauliah.

“Penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang,” kata kenyataan itu.

Sementara itu di Riyadh, sejumlah 19,710 penduduk haram ditangkap dalam serbuan pemeriksaan di semua wilayah Arab Saudi pada minggu pertama Mei, kata Kementerian Dalam Negeri.

Pendatang haram yang ditangkap termasuk 12,961 yang melanggar Undang-undang Residensi; 4,177 melanggar Undang-undang Keselamatan Sempadan; dan 2,572 melanggar Undang-undang Buruh, lapor akhbar Arab Saudi, memetik kenyataan kementerian.

Pendatang tanpa izin itu diberkas semasa kempen keselamatan yang dilancarkan dari 2 Mei hingga 8 Mei.

Jumlah keseluruhan orang yang ditangkap ketika cuba menyeberangi sempadan ke Arab Saudi adalah 979 orang, 41 peratus daripadanya adalah warga Yaman, 54 peratus warga Habsyah dan tiga peratus adalah warganegara lain.

SUMBER: AGENSI / BH

 

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut