TANAH MERAH 15 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima lima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 6120 kilogram minyak masak bersubsidi dan sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disita ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki barang kawalan.
Turut ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 30an, manakala nilai barang kawalan yang disita RM15,300.00 dan jumlah keseluruhan termasuk kenderaan RM65,300.00, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.