BAHAN KOSMETIK RM50,000 DIRAMPAS

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas bahan kosmetik bernilai kira-kira RM50,000 dipercayai diseludup masuk ke negeri ini melalui perairan Pulau Larapan, pada Ahad.

Rampasan itu dibuat susulan pemeriksaan ke atas sebuah bot yang mencurigakan kira-kira jam 8.50 malam di kawasan itu. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP

Ahmad Ariffin berkata, bot tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan semasa pasukan menjalankan tugas Op Taring Gelora.

“Pasukan cuba menahan bot itu tetapi ia memecut ke arah kawasan cetek. Pasukan itu terus mengejar bot itu dan mendapati ia ditinggalkan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya menemui 26 kotak berisi barangan kosmetik dipercayai diseludup masuk dari negara jiran. Jumlah rampasan termasuk bot bernilai kira-kira RM60,000.

“Rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut. Kes akan dirujuk ke Jabatan Farmasi Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …