TANAH MERAH 13 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 360 liter minyak petrol bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disita ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki barang kawalan.
Turut ditahan bersama seorang lelaki warga asing dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.



