LARANGAN PENGGUNAAN SKUTER ELEKTRIK DI JALAN RAYA – MASIH RAMAI YANG INGKAR?

Penggunaan skuter elektrik semakin berleluasa di sekitar Kuala Lumpur tetapi tahukah anda bahawa skuter elektrik ini dilarang untuk digunakan di atas jalan raya?

Sebelum pembukaan rentas negeri, ramai warga kota dilihat keluar untuk berjalan-jalan serta beriadah di sekitar pusat bandar mahupun taman-taman awam. Aktiviti ini diserikan lagi dengan kedatangan skuter elektrik sewa milik Beam, sebuah syarikat perkhidmatan mobiliti e-skuter peribadi dari Singapura. Setelah beberapa kelonggaran seperti kebenaran rentas negeri diberikan dan orang ramai mula kembali bekerja di pejabat, penggunaan skuter elektrik ini menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana ia memudahkan pergerakan khususnya mereka yang berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

Tetapi dalam keseronokan menggunakan skuter elektrik, ramai yang kelihatan seakan-akan terlupa bahawa skuter tersebut telah dilarang penggunaannya di atas jalan raya bermula 1 Januari 2021. Penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 untuk kesalahan seterusnya atau penjara tiga bulan akan dikenakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Namun masih ada individu yang dikesan menggunakan skuter elektrik di atas jalan raya tanpa menghiraukan larangan tersebut.

Sebaliknya, apa-apa jenis skuter elektrik sama ada milik persendirian mahupun sewa hanya dibenarkan untuk digunakan di kawasan yang dibenarkan seperti taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara. Larangan tersebut diberikan kerana kehadiran skuter elektrik di jalan raya boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain disamping berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Larangan penggunaan skuter ini di jalan raya juga dilaksanakan atas aduan yang diterima daripada orang awam.

Justeru, pengguna skuter elektrik dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan hanya menggunakan skuter elektrik di kawasan-kawasan berikut:

  1. Taman permainan;
  2. Kawasan pejalan kaki;
  3. Kawasan sekitar pusat beli belah di ibu negara; dan
  4. Kawasan yang terasing dari jalan raya.

Sumber: Berita Harian,Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut