KDYMM SULTANAH TERENGGANU BERANGKAT LAWAT BENGKEL SONGKET PENJARA MARANG

Penghuni Penjara Marang, terharu dan berbesar hati apabila hasil kerja mereka diiktiraf dan ia satu penghormatan buat penghuni yang terlibat dalam tenunan songket.

Rashid (bukan nama sebenar),33,  berkata dia bersyukur dengan anugerah kebolehan menenun yang diberikan Allah dan dalam tempoh tujuh tahun belajar di Bengkel Songket Penjara Marang, dia mampu meraih kemahiran walaupun masih perlu banyak belajar untuk menjadi penenun berkemahiran tinggi. Lebih membanggakan apabila songket bernilai ribuan ringgit itu dibeli dan digunakan orang kenamaan dari pelbagai negeri.

Hasil tenunan songketnya pernah menjadi pilihan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan kepercayaan itu membuatkan penghuni penjara terus berusaha sedaya upaya menghasilkan produk tenun yang terbaik.

Sementara itu, bagi Karim  (bukan nama sebenar),35, yang hanya berbaki hukuman penjara dalam tempoh 10 bulan lagi berkata Penjara Marang kini bukan sekadar tirai besi yang menempatkan banduan, tetapi turut melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang tenunan songket sejak 2004. Dia mengambil masa empat tahun untuk menguasai ilmu tenunan songket dengan bantuan kakitangan dan pegawai di penjara ini.

Sejak menyertai bengkel tenunan itu, ia mengajar dirinya untuk bersikap sabar yang secara tidak langsung juga mencetuskan rasa keinsafan dan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan dahulu. Dia yang mula menjalani hukuman pada 2017 berkata, ilmu kemahiran tenun yang dipelajari di penjara akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalani hari-hari biasa selepas dibebaskan kelak.

Kini batik dan songket yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Marang mendapat perhatian dan sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari peminat batik dari seluruh negara. Jenama batik ini juga semakin meningkat naik dan kini dikelani sebagai Batik Serating.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …