SISIPAN SEJARAH PADA 8 MEI 1960: ‘BUKU MERAH’ DIEDAR

Pada hari semalam (8 Mei) dalam tahun 1960, Kerajaan Persekutuan telah mengedarkan ‘Buku Merah’ ke seluruh negara. Buku Merah yang diperkenalkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, mengandungi berbagai projek pembangunan di setiap daerah di seluruh negara. Buku ini juga menjadi panduan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam menggerakkan pembangunan luar bandar seperti pembinaan jalan, sekolah-sekolah, klinik, kelas dewasa, perkhidmatan telefon dan sebagainya. Tun Abdul Razak menegaskan, kerjasama diantara kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan terhadap rancangan-rancangan pembangunan di negara ini.  Buku Merah yang diedarkan ini digunakan untuk mengumpul serta menyelenggara perancangan dan maklumat projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di setiap daerah untuk faedah rakyat di seluruh negara. Melalui usaha ini, terbentuklah pelbagai agensi kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut antaranya penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …