KENAL PASTI POKOK ‘SAKIT’ TEPI JALAN, ELAK RISIKO TUMBANG

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutamanya di kawasan tanah persendirian. Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, ia susulan ada kemalangan berlaku sebelum ini disebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Seremban.

Memang betul kes berlaku libatkan tanah persendirian, namun beliau telah meminta PBT, jika ada pokok berisiko di tepi jalan utama dan di kawasan perumahan yang memang ada tanah persendirian di sebelah itu, perlu di kenal pasti. Pihaknya akan menghantar notis kepada pemilik tanah tersebut supaya tindakan diambil dan jika sebaliknya pihaknya akan mengkaji untuk ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.  Pihaknya juga meminta PBT untuk kenal pasti sebelum berlaku apa-apa pada masa akan datang.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …