KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP ‘JOB SCAM’ PERLU DITINGKATKAN

KOTA KINABALU (8 Mei): Kesedaran awal perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat tentang penipuan pekerjaan dari luar negara atau lebih dikenali ‘Job Scam’.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, walaupun Sabah mempunyai jumlah kes yang sedikit iaitu 42, masyarakat perlu sedar agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan pekerjaan yang melibatkan golongan berusia 18 sehingga 29 tahun itu.

“Job Scam sedang berleluasa sekarang ini dan ramai rakyat terperangkap tawaran bekerja di luar negara dengan gaji lumayan, elaun tinggi dan tiket, hotel serta makanan percuma tetapi akhirnya mereka terjerumus. Orang ramai perlu berhati-hati dan jangan sampai terpedaya kerana sekiranya terperangkap macam-macam perkara akan berlaku sehingga membahayakan nyawa mereka.

“Ini menjadi kebimbangan saya juga, jangan rakyat Sabah terperangkap dengan Job Scam dan antara cara untuk mengatasinya adalah dengan memberi maklumat, pencerahan serta kesedaran awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Diplomasi Awam Wisma Putra di Dewan Al-Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, di sini.

Mohammad berkata, scammer dahulu memang menyasarkan kepada mereka yang berada di Kuala Lumpur, Selangor tetapi apabila program dibuat secara efektif di sana, scammer tidak berani untuk merekrut lalu mereka menyasarkan Malaysia Timur.

“Saya akan minta kepada jawatankuasa terlibat untuk memasukkan topik Job Scam agar orang ramai sedar, jangan mudah terpedaya jika mendapat sebarang tawaran pekerjaan terutamanya dari media sosial dan sentiasa berhati-hati,” katanya

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …