DUA BOT DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN DI TAWAU

TAWAU (8 Mei): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan dua bot tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan dalam dua tangkapan berasingan, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan itu dibuat bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Pluto Timur 2/2023 dan Ops Tiris di perairan Wallace Bay, Pulau Sebatik.

“Sekitar jam 11.40 pagi, pasukan kita berjaya mengesan dan memeriksa sebuah bot pam yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan itu. Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.17 batu nautika timur laut Pulau Sidam itu mendapati seorang remaja lelaki, 15, mengendalikan bot tersebut tanpa sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan dokumentasi bot juga mendapati bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran dan lesen bot yang berdaftar.

Sementara itu, sebuah bot penumpang tempatan ditahan untuk pemeriksaan di lokasi 1.0 batu nautika muara Sg Aji Kuning sekitar jam 6 petang pada hari sama.

Shahrizan berkata, pemeriksaan mendapati bot penumpang itu yang dijuragani seorang lelaki tempatan, 37, membawa muatan 100 kotak lobak merah, namun gagal mengisytihar muatan yang dibawa dan melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

Tambahnya, kedua-dua bot bersama muatan serta kesemua kru tersebut seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan. Katanya, kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM45,000 disita sehingga proses siasatan selesai.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …