2020 – TAHUN ENCRYPTION (PENYULITAN)?

Encryption (enkripsi) adalah proses menyusun bit maklumat (data) supaya hanya penerima yang dimaksudkan dapat membuka (menyahsulit) sesuatu mesej (maklumat). Maklumat yang hendak decrypt (nyahsulit) memerlukan kunci (rantaian nilai matematik) bagi penerima membuka maklumat tersebut. Langkah enkripsi ini bagi melindungi maklumat daripada dibaca oleh pihak ketiga yang tidak diingini. Sekiranya seseorang tanpa kunci cuba menggodam dan ingin membaca maklumat tersebut, tindakan mereka hanya membuang masa sahaja kerana mereka akan melihat sekumpulan askara dan nombor yang rawak, mustahil untuk difahami.

 

 

Enkripsi adalah proses asas bagi keselamatan rangkaian, ia memastikan supaya maklumat dapat bergerak melalui internet dengan selamat tanpa dipintas oleh mana-mana pihak yang tidak diingini. Tanpa teknik enkripsi , mustahil untuk kita pada tahun 2020 untuk melaksanakan perkhidmatan dalam atas talian seperti e-mel, e-dagang (e-commerce) dan sistem Secure Socket Layer (SSL) yang mengesahkan halaman web. Beberapa pihak berkuasa percaya bahawa mereka harus mempunyai akses ke pintu belakang (backdoor access) ke kandungan ini, tetapi syarikat IT gergasi seperti Facebook dan whistleblower alike (pemberi maklumat) mengecam idea itu, dengan Facebook menyatakan ia akan “merosakkan privasi dan keselamatan orang”.

 

 

Merosakkan privasi dan keselamatan orang

 

Enkripsi telah menjadi tunjang bagi banyak strategi pertahanan siber, dengan hampir semua Chief Information Officer (CIO) ingin melindungi data dan privasi jabatan/agensi/organisasi mereka dengan lebih selamat, serta memenuhi peraturan pematuhan yang lebih ketat seperti Dasar Kriptografi Negara termasuk Europe General Data Protection Regulation (GDPR). Kadar penggunaan enkripsi yang meningkat adalah perkara yang tidak mengejutkan dengan Kajian Gartner menganggarkan bahawa lebih daripada 80% trafik web komersial di-enkripsi pada tahun 2019. Pada masa ini Google menawarkan protokol HTTPS sebagai standard kepada 94% pelanggannya, menjadikan syarikat gergasi IT menuju objektif syarikat iaitu 100% enkripsi pada tahun ini.

 

Walau bagaimanapun, untuk semua manfaat privasi dan perlindungan data, enkripsi secara tidak sengaja menimbulkan acaman baharu : encrypted malware. Penjenayah siber menggunakan aspek-aspek yang menjadikan enkripsi begitu menarik dengan pengolahan teknik enkripsi mereka sendiri untuk memberi perlindungan kepada serangan mereka. Oleh kerana lebih banyak jabatan/agensi/organisasi menggunakan enkripsi, secara tidak lansung penggodam akan mempunyai lebih banyak tempat untuk bersembunyi.

 

Artikel/Berita Terkini

SUHU SEMAKIN MENINGKAT, ELAK DARI TERKENA STROK HABA.

Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum …
Maklumat Lanjut

LEBIH 1,500 JEMAAH HAJI PAHANG TERIMA SUMBANGAN RM750 SEORANG

KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Barakah Haji Pahang memperuntukkan RM1.191 juta kepada 1,588 bakal jemaah haji negeri itu yang akan berangkat …
Maklumat Lanjut

JABATAN PERHUTANAN SASAR CAPAI MISI TANAM 100 JUTA POKOK AKHIR TAHUN INI

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya sasaran kempen menanam 100 juta pokok mampu dicapai lebih awal selewat-lewatnya akhir tahun ini …
Maklumat Lanjut