1725 LITER MINYAK PETROL DISITA 4 LELAKI DITAHAN TERMASUK PENGUSAHA STESEN MINYAK DALAM OPS BERSEPADU PENCEGAHAN KETIRISAN BARANG KAWALAN

TUMPAT : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.
Lokasi kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, Tumpat, Kelantan pada jam 7.00 pagi tadi telah menyita anggaran 1725 liter minyak petrol dalam tong-tong jerikin ditemui berada di bahagian penumpang hadapan dan belakang serta didalam bonet.
Semasa serbuan barang kawalan minyak petrol diisi didalam beberapa tong jerikin dijumpai didalam dua buah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan. Turut ditahan bersama dua orang lelaki tempatan berusia 30an dan 40an.
Nilai rampasan minyak petrol yang disita anggaran sebanyak RM 3536.26 dan dua buah kenderaan sebanyak RM 12,000.00 selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

PANTAI KLEBANG SEMAKIN ‘HIDUP’

Klebang – Sektor pelancongan di Klebang semakin rancak apabila pelbagai tarikan baharu telah dibangunkan di kawasan pesisir pantai. Ahli Dewan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

MONSUN BARAT DAYA

Monsun Barat Daya dijangka 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓. Sepanjang tempoh ini, 𝐭𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧 …
Maklumat Lanjut