STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, negara masih terdedah kepada risiko jangkitan Malaria manusia kerana terdapat kes Malaria import daripada negara endemik Malaria.

Hampir 249 juta manusia dijangkiti Malaria setiap tahun diseluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mensasarkan penurunan 90% kes Malaria global menjelang tahun 2030.

Terdapat dua jenis penyakit Malaria di Malaysia iaitu Malaria Manusia dan Malaria Zoonotik.

Malaria manusia :

  • Adalah penyakit Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium yang disebarkan dalam kalangan manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Malaria zoonotic :

  • Adalah penyakit Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Nyamuk terinfeksi boleh menyebarkan jangkitan kepada manusia.

Golongan berisiko mendapat jangkitan Malaria

  • Penduduk kawasan pedalaman berhampiran hutan
  • Pelancong yang menjalankan aktiviti rekreasi di hutan
  • Pekerja di sektor perladangan, pembalakan dan penerokaan tanah
  • Warganegara yang mengunjungi negara endemik Malaria

Malaria boleh membawa maut

Penyakit Malaria boleh diubati namun sekiranya lewat dikesan untuk rawatan, ia boleh membawa maut.

Tanda dan gejala Malaria adalah seperti:

  • Demam panas berpanjangan,
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit.
  • Sakit-sakit badan / lemah / letih lesu
  • Ruam (bitnik merah pada bahagian atas badan)

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …