PEMANJAT 9 NEGARA BERSAING KEJOHANAN MEMANJAT POKOK ASIA PASIFIK

KUANTAN: Seramai 51 peserta daripada sembilan negara termasuk Malaysia bersaing dalam Kejohanan Memanjat Pokok Asia Pasifik 2024 (APTCC) yang berlangsung selamat empat hari bermula semalam di Kelab Golf Diraja Pahang, di sini.

Pertandingan julung kali diadakan di negara ini dianjurkan International Society of Arboriculture (ISA) dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia (PArM) dan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) serta disokong Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Naib Presiden PArM, Nik Ikmal Fathi Nik Husain Fathi, berkata selain peserta Malaysia, turut bertanding pemanjat dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

Menurutnya, acara itu memberi peluang kepada penonton menyaksikan kemahiran memanjat pokok dengan teknik terkini menggunakan tali oleh pemanjat profesional dari seluruh rantau Asia Pasifik.

“Sebelum ini acara sama diadakan di Singapura dan New Zealand sebanyak tiga kali, Australia (dua kali ) serta Hong Kong. Namun kali ini kita berjaya menjadi tuan rumah buat kali pertama selepas usaha melobi dilakukan beberapa tahun lalu.

“Hasil lawatan tiga kawasan disenarai pendek, kita memilih lokasi ini (Kelab Golf Diraja Pahang). Lima pokok jenis tembusu dengan ketinggian 15 hingga 20 meter menjadi medan menguji kebolehan peserta.

“Peserta perlu memanjat semua pokok berkenaan sambil melakukan lima aktiviti ditetapkan dan pemenang dikira mengikut kepantasan masa diambil,” katanya pada majlis perasmian APTCC yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man di Kelab Golf Diraja Pahang, hari ini.

Nik Ikmal Fathi berkata, peserta yang menang pada pertandingan kali ini akan ditaja untuk menyertai pertandingan memanjat peringkat antarabangsa di Amerika Syarikat pada Oktober tahun ini.

Beliau berkata, pasukan negara menghantar tujuh peserta terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan yang merupakan pemenang peringkat kebangsaan pada Tree Climbing Championship 2023 yang diadakan di Putrajaya, September tahun lalu.

Katanya, lima pokok yang dipilih memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan bagi acara seperti ‘aerial rescue’, ‘work climb’, ‘ascent’, ‘belayed speed climb’ dan ‘throwline’.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut