900 LITER MINYAK PETROL DISITA DALAM OPS BERSEPADU PENCEGAHAN KETIRISAN BARANG KAWALAN

TUMPAT : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.
Lokasi kejadian di Kg. Gelang Kecil, Tumpat, Kelantan pada jam 9.20 pagi kelmarin telah menyita anggaran 900 liter minyak petrol ditemui berada di bahagian penumpang hadapan dan belakang serta didalam bonet.
Semasa serbuan barang kawalan diisi didalam beberapa tong jerikin dijumpai didalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan. Turut ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 30an.
Terdahulu dari maklumat risikan, suspek tersebut disyaki dari Pasir Mas membawa muatan bahan bakar barang kawalan bagi melakukan kegiatan penyelewengan yang akan dibawa ke pengkalan haram sekitar Tumpat, Kelantan untuk diseludup ke negara jiran.
Semasa serbuan saspek disyaki gagal mengemukakan sebarang dokumen dan rekod berkaitan pemilikan barang kawalan tersebut dipercayai akan membawa muatan tersebut ke sempadan untuk diselewengkan.
Nilai rampasan minyak petrol yang disita anggaran sebanyak RM 1845.00 dan kenderaan sebanyak RM 7,000.00 selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …